JENIS INSTRUMEN PENILAIAN

PENGENALAN 

      Instrumen adalah alat pengukuran yang digunakan untuk menilai sesuatu pengumpulan data yang berguna untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut Purwanto (2006) alat pengukuran mesti sepadan dengan bahan yang disampaikan sehingga dapat memenuhi aspek penilaian setiap aktiviti pembelajaran. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik (2019), dirancang untuk memantapkan kecekapan murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap  dan nilai secara keseluruhan. 

      Antara kaedah pentaksiran yang digunakan dalam penilaian formatif dan sumatif adalah :

Rajah 1 : Kaedah Penilaian Formatif dan Sumatif

Berdasarkan rajah di atas, terdapat banyak kaedah penilaian formatif iaitu pemerhatian, lisan, penulisan, penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Manakala bagi penilaian sumatif, guru dapat mengukur perkembangan murid pada akhir sesuatu subjek seperti ujian pertengahan atau akhir tahun. Bagi melaksanakan setiap proses penilaian dengan berkesan, guru haruslah memilih dan menyediakan sesuatu instrumen yang relevan supaya ia dapat menentukan perkembangan seseorang murid. Oleh itu bagi memenuhi kehendak soalan tugasan, kami menghuraikan secara mendalam instrumen yang digunakan dalam penilaian formatif dan sumatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

JENIS INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN BAGI MENJALANKAN PROSES PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. 
 Jadual 1 : Jenis Instrumen Penilaian Formatif dan Sumatif


1. INSTRUMEN PENILAIAN PEMERHATIAN

a) Senarai semak

Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item digunaan untuk menentukan :

  • Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.

  • Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku.

  • Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku.

 Rajah 2 : Contoh Borang Senarai Semak

b) Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkah laku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif tentang apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan numerasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Rajah 3 : Contoh Catatan Rekod Anekdot

c) Borang Transit (Templat Pelaporan)

Borang transit merupakan senarai semak yang digunakan untuk menilai dan mengukur tahap penguasaan seseorang murid dalam pendidikan Matematik. Borang ini boleh dibina oleh guru mengikut kesesuaian DSKP masing-masing.

Rajah 4 : Contoh Borang Transit (Pelaporan PBD)

2. INSTRUMEN PENILAIAN PENULISAN 

a) Lembaran Kerja

Lembaran kerja adalah salah satu instrumen yang mengukur keupayaan murid mengusai dan memahami kemahiran sesuatu mata pelajaran yang diajar. Lembaran kerja dibina oleh guru untuk menilai tahap penguasaan murid secara bertulis. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri muridnya secara berterusan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. 

Rajah 5 : Contoh Lembaran Kerja

3. INSTRUMEN PENILAIAN LISAN 

a) Murid dengan Guru

Menurut Gaspard (2013), penyoalan  lisan  merupakan  suatu  elemen  yang  sangat  penting  yang  digunakan  dalam  proses komunikasi antara guru  dengan murid semasa proses PdP matematik. Hal ini disokong oleh  Hadley (2010)  yang menyatakan bahawa teknik penyoalan guru dalam PdP dapat merangsang  pemikiran murid serta membantu guru memahami tahap pencapaian seseorang murid. Justeru melalui penyoalan yang berkesan, guru-guru dapat  menilai  pengajaran mereka di  dalam  kelas dan meningkatkan  pemikiran murid pada  aras kognitif  yang  lebih  tinggi. 

Rajah 6 : Contoh Penilaian Lisan (Murid dengan Guru)

b) Murid dengan Murid

Instrumen ini dapat mendefinisikan bahawa murid akan menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan. Penilaian ini penting dalam proses pembelajaran kerana ia akan meningkatkan kolaborasi antara rakan serta dapat menentukan hala tuju untuk mencapai kriteria kejayaan dalam proses pembelajaran matematik. 

Rajah 7 : Contoh Penilaian Lisan (Murid dengan Rakan Sebaya)

c) Murid dengan Bahan Pembelajaran 

Bahan pembelajaran merupakan salah satu alat penilaian yang menyokong untuk melaksanakan proses pentaksiran secara berkesan. Bahan pembelajaran tidak hanya berfokus kepada buku teks, malah ia dapat diklasifasikan dalam bentuk ICT dan multimedia, hasil projek, persembahan dan lain-lain. Penggunaan bahan pembelajaran dalam PdP dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, menarik dan berkesan. Justeru, instrumen ini juga dapat membantu murid untuk merangsang minda, mempertingkatkan kefahaman konsep matematik serta dapat memberi manfaat dari segi pengalaman.

Rajah 8 : Contoh Penilaian Lisan (Murid dengan Bahan Pembelajaran)

4. INSTRUMEN PENILAIAN UJIAN 

Terdapat dua jenis instrumen dalam penilaian formal iaitu soalan objektif dan subjektif. Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai pencapaian dan prestasi murid di alam persekolahan mereka. 

a) Soalan Objektif

Item objektif yang memerlukan murid membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek, atau soalan melengkapkan ayat. 

Rajah 9 : Contoh Soalan Ujian (Objektif)
b) Soalan Subjektif

Item subjektif berbentuk struktur yang membenarkan jawapan murid secara terbuka. Dalam pendidikan matematik, soalan ini lebih memfokuskan kepada cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan tepat dan berkesan. Ia juga boleh dikategorikan sebagai soalan rutin dan bukan rutin. 

Rajah 10 : Contoh Soalan Ujian (Subjektif)

Comments

Popular posts from this blog

STRATEGI PENILAIAN

PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN