PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

PENGENALAN

Menurut Muhammad Affrini (2015), instrumen merupakan alat untuk menghasilkan eviden. Eviden tersebut tidak semestinya item bertulis. Hal ini kerana, terdapat instrumen yang dihasilkan untuk mendapatkan maklumat tentang keupayaan kognitif murid, sahsiah, moral dan sosial mereka.

 

CIRI-CIRI INSTRUMEN PENILAIAN

 
Rajah 1 : Ciri-ciri Instrumen Penilaian 
 
Oleh itu, pembinaan instumen penilaian perlu sistematik supaya ia dapat memudahkan guru untuk mentafsirkan murid. Terdapat beberapa proses atau langkah dalam pembinaan instumen penilaian. Instrumen boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperolehi atau dibina sendiri oleh guru. Instrumen penilaian yang berkesan dapat membantu guru menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid. 

 PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN

Menurut Modul Panduan Pembinaan Item yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak  (2013), terdapat 5 proses utama dalam pembinaan instrumen penilaian antaranya ialah :

1. MENENTUKAN TUJUAN DAN OBJEKTIF PENGAJARAN YANG HENDAK DIUJI

Dengan adanya tujuan yang jelas dalam penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) guru dapat menjalankan ujian dengan lebih berkesan. Maka, guru perlu menetapkan objektif pembelajaran yang hendak diukur sejajar dengan DSKP. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Taksonomi ialah sistem yang mengelaskan objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

2. MENENTUKAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Pembinaan JSU merupakan salah satu cara dalam proses perancangan membina ujian. JSU juga dikenali sebagai ‘test blueprint’. Ia merupakan langkah kedua dalam pembinaan ujian yang menentukan standard kandungan yang hendak diuji dan bilangan item untuk setiap standard tersebut (Szafranski dan Qing, 2009). JSU juga didefinisikan sebagai satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif (Zimmaro, 2004). Penyediaan JSU adalah sangat penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan ujian.  Tujuan utama penyediaan JSU ialah item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil dapat mengukur pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh murid.

Biasanya JSU terdiri daripada kandungan, kemahiran dan wajaran. Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur oleh guru.

 Rajah 2 : Aspek Pembinaan JSU

Rajah 3 : Bentuk Asas JSU

Rajah 4 : Langkah-langkah Pembinaan JSU.

3. MENULIS ITEM SOALAN

    Setelah menyediakan JSU, guru matematik bersedia untuk menulis item-item ujian. Terdapat banyak bentuk item ujian seperti item beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong, item jawapan pendek, item betul-salah, item padanan, item esei, dan sebagainya. Guru matematik seharusnya mengamalkan beberapa prinsip pembinaan item semasa menulis item-item ujian. Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut:

  • Prinsip pertama:

       Guru matematik perlu memberi arahan untuk menjawab setiap item dengan ringkas dan mudah difahami oleh murid. Misalnya dalam ujian matematik, 

  •  Prinsip kedua

         Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah dan jelas semasa membina item supaya murid dapat memahami maklumat dan kehendak soalan tersebut. Hal ini membantu murid untuk memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa.

  • Prinsip ketiga

        Guru matematik perlu membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan atau kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.  

  • Prinsip keempat

         Biasanya, dalam ujian terdapat soalan yang dikendaki murid memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya guru meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar. Seperti contoh dibawah:-

  • Prinsip kelima

        Prinsip yang terakhir ialah item yang berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan supaya murid tidak keliru semasa membaca item yang diberi. Guru perlu peka terhadap simbol-simbol matematik semasa membina soalan ujian khususnya dalam mata pelajaran matematik.

4. MENYEMAK ITEM SOALAN

Setelah membina item soalan, guru perlu menyemak kualiti item soalan berdasarkan ciri-ciri instrumen penilaian. Iaitu kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran.

  • Kesahan 

Kesahan ialah konsep pengukuran yang merujuk kepada ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian (Naapie Mat, 2006). Tafsiran berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan yang rendah akan memberi gambaran yang tidak tepat tentang keupayaan dan kecekapan murid. 

Berikut ini ialah beberapa jenis kesahan ujian.

 
 Rajah 5 : Ciri-ciri Kesahan.
  • Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon yang tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali (R. Jeyagobi & S. Subramaniam, 2007). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian iaitu tempat ujian, emosi,  suasana persekitaran, dan kesihatan. Selain itu, kebolehpercayaan skor sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, calon dapat diuji secara berkesan.

  • Keobjektifan

Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon (R. Jeyagobi & S. Subramaniam, 2007). Sesuatu ujian dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa memberi markah mengikut skim pemarkahan yang telah ditentukan.

  • Kebolehtadbiran

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk kepada kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan, masa, arahan yang jelas, pengawasan yang rapi serta pengutipan skrip jawapan yang terurus. Tambahan lagi, bilangan soalan yang disediakan mestilah bersesuaian dengan masa yang ditetapkan agar murid dapat menjawab semua soalan-soalan.

  • Kebolehtafsiran

Kebolehtafsiran sesuatu ujian ialah setakat mana hasil pencapaian murid memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian (R. Jeyagobi & S. Subramaniam, 2007).  Iaitu, maklumat mengenai pencapaian, kekuatan dan kelemahan murid serta kesesuaian strategi pdp. Ini membantu guru mentafsir markah pencapaian murid dalam bentuk angka statistik, jadual dan graf agar kebolehtafsirannya tinggi.

5. MENILAI ITEM SOALAN

Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyemakan dan pemurnian agar ujian bebas daripada kesilapan. Pada masa yang sama, beliau dikehendaki membuat penambahbaikan terhadap item-item ujian sebelum dihantar untuk percetakan.



Comments

Popular posts from this blog

STRATEGI PENILAIAN

JENIS INSTRUMEN PENILAIAN