STRATEGI PENILAIAN
STRATEGI PENILAIAN Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah rendah iaitu: DEFINISI PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF PENILAIAN FORMATIF Black dan Wiliam (1998), telah mendefinisikan penilaian formatif sebagai proses untuk mengetahui tahap pembelajaran murid, target yang perlu dicapai oleh murid dan bagaimana untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Penilaian formatif biasanya melibatkan pemerhatian, lisan, tulisan dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh Swanwick (1988). Menurut beliau lagi, sifat penilaian formatif tidak merangkumi markah, tahap atau gred dan juga tidak membandingkan murid antara satu sama lain. Sebaliknya, ia menumpukan pada tahap penguasaan secara individu atau kumpulan. Maka, penilaian formatif merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan sepanjang proses pdp oleh guru. Contohnya, soal jawab, latihan pada akhir sesuatu standard pdp terhadap penglibatan serta komitmen murid dalam menjawab soalan yang diberi. TUJUAN ...