PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN
PENGENALAN Menurut Muhammad Affrini (2015), instrumen merupakan alat untuk menghasilkan eviden. Eviden tersebut tidak semestinya item bertulis. Hal ini kerana, terdapat instrumen yang dihasilkan untuk mendapatkan maklumat tentang keupayaan kognitif murid, sahsiah, moral dan sosial mereka. CIRI-CIRI INSTRUMEN PENILAIAN Rajah 1 : Ciri-ciri Instrumen Penilaian Oleh itu, pembinaan instumen penilaian perlu sistematik supaya ia dapat memudahkan guru untuk mentafsirkan murid. Terdapat beberapa proses atau langkah dalam pembinaan instumen penilaian. Instrumen boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperolehi atau dibina sendiri oleh guru. Instrumen penilaian yang berkesan dapat membantu guru menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid. PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN Menurut Modul Panduan Pembinaan Item yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak (2013), terdapat 5 proses utama dalam pembinaan instrumen pe...