Posts

PENGENALAN

Image
     Stassen et al. (2001), mendefinisikan penilaian sebagai pengumpulan dan analisis maklumat yang sistematik untuk meningkatkan pembelajaran murid. Definisi ini merangkumi tugas penting penilaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manalaka, menurut Mok Soon Sang (2009), penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian membolehkan guru mengukur keberkesanan pengajaran mereka dengan menghubungkan prestasi murid dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan dan menyemak semula kaedah dan strategi pengajaran yang tidak berkesan dalam pengajaran mereka.      Hal ini disokong ol...

RUJUKAN

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.   Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2.  Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM).   Black P and Wiliam D (2006). Assessment for learning in the classroom . In: Gardner J (ed) Assessment and Learning (2nd ed). London: SAGE, pp. 11–32. Filsecker & Kerres, (2012). “Repositioning Formative Assessment from an Educational Assessment Perspective: A Response to Dunn & Mulvenon.” Practical Assessment, Research, and Evaluation, 17(16) 1–9. Gaspard, C. (2013). Secondary Mathematics Student Teachers’ Questions and Responses in Whole Class Discussion: Influences on Instructional Decisions. University Of California. Greensetin, (2010). What Teachers Really Need to Know About Formative Assessment. Alexandria, VA: ASCD.   Hadley, G. (2010). An Analysis of Questionin...

PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

Image
PENGENALAN Menurut Muhammad Affrini (2015), instrumen merupakan alat untuk menghasilkan eviden. Eviden tersebut tidak semestinya item bertulis. Hal ini kerana, terdapat instrumen yang dihasilkan untuk mendapatkan maklumat tentang keupayaan kognitif murid, sahsiah, moral dan sosial mereka.   CIRI-CIRI INSTRUMEN PENILAIAN   Rajah 1 : Ciri-ciri Instrumen Penilaian    Oleh itu, pembinaan instumen penilaian perlu sistematik supaya ia dapat memudahkan guru untuk mentafsirkan murid. Terdapat beberapa proses atau langkah dalam pembinaan instumen penilaian. Instrumen boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperolehi atau dibina sendiri oleh guru. Instrumen penilaian yang berkesan dapat membantu guru menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid.    PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN Menurut Modul Panduan Pembinaan Item yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak  (2013), terdapat 5 proses utama dalam pembinaan instrumen pe...

JENIS INSTRUMEN PENILAIAN

Image
PENGENALAN         Instrumen adalah alat pengukuran yang digunakan untuk menilai sesuatu pengumpulan data yang berguna untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. M enurut Purwanto (2006)  alat pengukuran mesti sepadan dengan bahan yang disampaikan sehingga dapat memenuhi aspek penilaian setiap aktiviti pembelajaran. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik (2019),  dirancang untuk memantapkan kecekapan murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap  dan nilai secara keseluruhan.         Antara kaedah pentaksiran yang digunakan dalam penilaian formatif dan sumatif adalah : Rajah 1 : Kaedah Penilaian Formatif dan Sumatif Berdasarkan rajah di atas, terdapat banyak kaedah penilaian formatif iaitu pemerhatian, lisan, penulisan, penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Manakala bagi penilaian sumatif, guru dapat mengukur perkembangan murid pada akhir sesuatu subjek seperti ujian perte...

STRATEGI PENILAIAN

Image
STRATEGI PENILAIAN  Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah rendah iaitu: DEFINISI PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF PENILAIAN FORMATIF    Black dan Wiliam (1998), telah mendefinisikan penilaian formatif sebagai proses untuk mengetahui tahap pembelajaran murid, target yang perlu dicapai oleh murid dan bagaimana untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Penilaian formatif biasanya melibatkan pemerhatian, lisan, tulisan dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh Swanwick (1988). Menurut beliau lagi, sifat penilaian formatif tidak merangkumi markah, tahap atau gred dan juga tidak membandingkan murid antara satu sama lain. Sebaliknya, ia menumpukan pada tahap penguasaan secara individu atau kumpulan.       Maka, penilaian formatif merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan sepanjang proses pdp oleh guru. Contohnya, soal jawab, latihan pada akhir sesuatu standard pdp terhadap penglibatan serta komitmen murid dalam menjawab soalan yang diberi. TUJUAN ...